• my-11134207-7r98o-lzoe220417j4b7
  • my-11134207-7r98t-lzoe26bhpu2196
  • my-11134207-7r98y-lzoe26bhptuo2f
  • my-11134207-7r98z-lzoeao783hwp79
  • my-11134207-7r992-lzoebqrdo3fk11
  • my-11134207-7r98z-lzoejvusrdcw0a
  • my-11134207-7r98r-lzoejy8j9wtlf7
  • 476381214_1111429660759614_3212094894650315313_n-removebg-preview
1

Baja Foliar Boron Proboron 1L 5L Kurang Keguguran Bunga Buah Durian Betik

Regular price
RM 55.00
Sale price
RM 55.00
Regular price
RM 59.44
Free worldwide shipping | AGRO GM
Free worldwide shipping
Secure payments | AGRO GM
Secure payments
7 Days Free Return | AGRO GM
7 Days Free Return

PROBORON – Baja Boron Khelat untuk Tumbuhan

(Mikronutrien Penting untuk Pembungaan, Penyerbukan & Pembentukan Buah)


🧪 Peranan Boron (B) Dalam Tumbuhan:

🌼 Pembiakan Seksual

  • Penting untuk pembentukan buah dan biji

  • Kekurangan boron menyebabkan pendebungaan lemah, perkembangan debunga tidak sempurna & pertumbuhan terbantut

  • Tambahan boron meningkatkan bilangan biji padi, hasil buah & kadar pendebungaan

🧱 Kekuatan & Pembentukan Dinding Sel

  • Bekerjasama dengan kalsium membentuk sel yang kukuh & memberi bentuk pada tumbuhan

  • Kekurangan boron = dinding sel lemah, sel baru tidak membesar

🌱 Pembahagian Sel

  • Boron penting untuk kawasan pertumbuhan aktif seperti pucuk, akar & tunas baru

🍬 Pengangkutan Gula

  • Bertindak seperti pam bahan api, memindahkan gula dari daun tua ke kawasan pertumbuhan baru & sistem akar

🌿 Perkembangan Hormon

  • Menggalakkan penghasilan bunga, pemanjangan tiub debunga, percambahan debunga, serta pembentukan buah dan biji

  • Mengawal keseimbangan hormon dalam tumbuhan untuk pertumbuhan yang sihat


Ciri-ciri & Kesan PROBORON:

✔️ Boron berkhelat, cepat diserap oleh tumbuhan
✔️ Membetulkan dan melindungi tumbuhan daripada kekurangan boron
✔️ Mengelakkan simptom seperti bunga tidak menjadi, buah cacat
✔️ Meningkatkan pembentukan tunas, bunga & buah
✔️ Meningkatkan kandungan lignin dalam dinding sel → lebih tahan penyakit
✔️ Meningkatkan sintesis asid nukleik & protein → lebih banyak karbohidrat terbentuk & diagih dalam tumbuhan


⚠️ Punca Kekurangan Boron Dalam Tanaman:

🌧️ Hujan lebat – boron cepat hilang dari tanah
💧 Air bertakung >24 jam – menghapuskan boron dalam tanah
🏜️ Kekeringan – mengurangkan mobiliti boron dalam tanah
🏖️ Tanah berpasir – lebih mudah hilang boron semasa hujan
🌸 Cuaca kering sebelum/ketika pembungaan – tumbuhan mudah alami kekurangan boron


📋 Cadangan Penggunaan:

Semburan foliar (daun):
👉 Larutkan pada nisbah 1:1000
👉 Gunakan 7 hari sebelum pembungaan, kemudian ulang setiap 2 minggu, sebanyak 2-3 kali keseluruhan

🕰️ Waktu terbaik:

  • Sebelum pembungaan – bantu pembentukan debunga

  • Semasa pembungaan & pembentukan buah – bantu pembentukan biji

  • Boron cepat diserap melalui daun & kudup bunga